cian my blog... terabai~
oleh sbb ramai yang minta sajak ibu yg sebenarnya dipersembahkan khas untuk Perhimpunan Setia JKDM Sabah kemarin (5 April 2010)..
So.. rasanyer mo share jg la d sini
bleh la guna untuk Mothers Day nex month...
Aku lahir dari perut ibu…
Bila dahaga, yang susukan aku…ibu
Bila lapar, yang suapkan aku….ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku…ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang ku sebut…Bu!
Bila bangun tidur, aku cari…ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang padaku… ibu
Bila nak bermanja…. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel…aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang yang mengubati kesedihanku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk yang memujukku cuma… ibu
Aku selalu teringatkan…ibu
Bila seronok… orang pertama aku beritahu…ibu
Bila bengang…aku suka luah pada ibu…
Bila takut, aku selalu panggil…”ibuuuuuuuuu”
Bila sakit, orang paling risau adalah ibu…
Bila tiba musim peperiksaan, orang paling sibuk juga ibu
Bila ada masalah, yang paling risau…ibu
Yang peluk dan cium aku dengan penuh kasih saying..ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku…ibu
Yang selalu kemaskan barang-barang aku…ibu
Yang selalu berleter pada aku…ibu
Yang selalu memberi kata-kata pujian pada aku…ibu
Yang selalu member kata-kata nasihat…ibu
Bila nak kahwin orang pertama aku rujuk…ibu
Setelah mempunyai pasangan hidupku
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih…. Aku cari ibu
Bila gagal…aku ceritakan pada ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku
Bila bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk…aku hantar anak-anakku ke rumah Ibu
Bila sambut hari kekasih…aku hadiahi bunga kepada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma ucapkan selamat hari ibu
Setiap masa..aku hubungi pasanganku
Entah bila…aku nak hubungi Ibu
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibu
Tiap masa… aku ingat pasanganku
Tiap masa itu juga, ibu ingat pada aku...
Dulu Ibu kata, “kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja..bolehkah kamu kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.